IPTV Subscription


Myiptv / Huat 88tv / Hdtv / Moon TV (Baru / Renew)
Akses untuk siaran-siaran berbayar seperti siaran Astro (SD dan HD) serta siaran-siaran lain dari satelit-satelit luar negara (Termasuk HD) . Nikmati lebih dari 180++ siaran kegemaran anda termasuk bonus 1000++ filem-filem seluruh dunia..!




*myiptv/hdtv disyorkan kepada pelanggan Melayu kerana kandungan siaran/channel, subtitle dan lain-lain lagi lebih cenderung dan sesuai untuk pelanggan Melayu

1 Month Renew / Activation

Myiptv RM55.00
Moon TV RM40.00
Huat 88tv / Hdtv RM30 (1st time trial only)

3, 6 dan 12 Month Renew / Activation

3 Month : RM120
6 Month : RM170
12 Month : RM270


Siaran IPTV ini adalah saluran alternatif channel TV dari Malaysia dan beberapa negara lagi. Perkhidmatan ini menggunakan TV Box Set atau lebih dikenali sebagai android box. Terdapat beberapa server provider ( penyedia server) yg memberi perkhidmatan IPTV ini diantaranya MYIPTV, HDTV ,WDTV, 88TV  dan Moon TV dengan pakej langganan 3, 6 & 12bulan.

Dengan jumlah melebihi 200 saluran, kini anda boleh menonton hampir semua saluran Astro, semua saluran Singapore MediaCorp, saluran terpilih dari India (Videocon d2h), saluran terpilih dari China dan Taiwan, saluran TV nasional Indonesia dan banyak lagi dengan hanya melanggan IPTV ini.

Sebelum melanggan, anda perlu sediakan beberapa keperluan seperti device android, televisyen dan sambungan internet. Jom kita baca dan lihat dengan teliti apakah keperluan yang perlu anda sediakan sebelum melanggan!

Android Box

Android box ini adalah alat yang diperlukan untuk menjalankan aplikasi iptv sama ada MYIPTV atau HDTV. Android box ini berfungsi sebagai decoder dan media player yang perlu disambungkan kepada televisyen anda untuk menonton. Jika anda masih belum memiliki android box, dapatkan disini pada harga yang amat berpatutan!

Televisyen

Televisyen diperlukan untuk menonton siaran daripada android box media player. Anda perlu menyambung kabel HDMI dari android box ke HDMI port pada televisyen anda. Jika TV anda model lama dan tidak mempunyai HDMI port, anda boleh gunakan converter HDMI to AV. Tetapi kualiti gambar HD adalah biasa jika menggunakan kabel AV.

Sambungan Internet

Akhir sekali, anda memerlukan sambungan internet yang berkelajuan 3mbps dan keatas. Anda boleh menggunakan kabel Ethernet/Lan untuk kelajuan yang stabil. Tetapi jika anda tidak mahu menggunakan kabel, anda boleh menggunakan wifi dengan memasukkan kata laluan wifi anda didalam setting android box anda.


Kelebihan menggunakan IPTV

100% menggunakan Internet kerana ini adalah service IPTV (Internet Protocol TV)
Tiada piring satellite diperlukan . Tiada gangguan ketika hujan
Komitmen langganan yang rendah dengan jumlah siaran yang maksimum
Size yang kecil dan boleh dibawa kemana-mana dan hanya sambungkan android box ke internet atau WIFI.


Info yang anda perlu tahu

MyIPTV, HDTV, WDTV, 88TV  dan Moon TV adalah perkhidmatan IPTV tanpa lesen (unofficial provider or underground provider).

Kadang-kadang anda akan mengalami isu-isu utama seperti di bawah,

1) Tiada jaminan bahawa anda boleh menonton semua saluran IPTV tanpa isu sepanjang masa, 24/7.

Kadang-kadang server pembekal saluran mempunyai penyelenggaraan atau tergendala, ataupun terlalu banyak pelanggan kini menonton saluran tersebut dan server tidak dapat menerima lagi pengguna (jarang berlaku), anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut. Ingatlah bahawa IPTV adalah disediakan secara usaha terbaik (best-effort basis). Satu-satunya perkara yang pembekal MyIPTV boleh lakukan adalah untuk memastikan semua saluran boleh menonton kepada pelanggan secara sepenuh masa yang mungkin. Kerana jika tidak, pelanggan akan berhenti melanggan dan tiada perniagaan. Lagipun, bayaran langganan IPTV adalah sangat murah. Satu-satunya cara untuk mendapatkan perkhidmatan yang terjamin, adalah dengan melanggan secara terus kepada Astro.

2) Jika lokasi pembekal saluran tersebut mengalami hujan lebat, anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut untuk seketika.

Tidak lagi kena mengena jika kawasan anda hujan lebat ataupun tidak jika anda menggunakan IPTV (selagi sambungan Internet anda aktif). Kerana kebanyakan saluran yang IPTV dapatkan adalah menggunakan piring satellite jenis Ku band (Astro, Big TV, Videocon d2h). Jika lokasi pembekal saluran itu mengalami hujan lebat pada ketika itu, anda tidak akan dapat siaran daripada saluran tersebut dan ia akan menunjukkan "Service currently not available" (untuk Astro).

3) Audio/video yang tidak serentak (isu "lip-sync")

Kadang-kala anda akan perasan bahawa audio/video tidak serentak dengan apa yang anda lihat/mendengar. Seperti audio adakalanya lebih cepat atau lambat dari video yang sedang ditayangkan pada saluran tersebut. Tetapi bukan setiap orang akan perasan isu ini, jadi ini bukanlah satu isu besar.

4) Tiada perkhidmatan EPG 
 
Anda tidak boleh tahu program apakah yang sedang ditayang sekarang seperti Astro. Perlu mencari jadual program sendiri.

5) Lain-lain kekurangan
  • Anda tidak boleh menukar bahasa sarikata pilihan anda
  • Saluran dari Astro: Sarikata Bahasa Melayu kecuali saluran Cina terpilih. 
  • Saluran dari mana-mana stesen TV berbayar Indonesia: Sarikata Bahasa Indonesia
  • Saluran dari Videocon d2h: Sarikata Bahasa Inggeris
  • Anda tidak boleh merakamkan sebarang program seperti PVR

Sekiranya  anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen di bawah atau pun hubungi kami secara terus . Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.