Yatse - Best Kodi Remote on your Android

Yatse - Best Remote for Kodi
Kali ni admin nak review pasal remote android dari Yatse. Haa, dengan menggunakan Yatse anda boleh mengawal kodi secara remote dengan hanya menggunakan phone android anda. Aplikasi ini merupakan antara yang terbaik, lengkap (anda perlu membeli beberapa function untuk penggunaan penuh) dan juga sangat stabil. Boleh digunakan untuk mengakses library movie, audio file, gambar serta fungsi streaming dengan widget yang cantik.

Untuk mendapatkan semua fungsi Yatse anda perlu membeli unlocker, namun begitu fungsi asas Yatse (free) sudah memadai untuk digunakan. Sekiranya anda berminat, boleh laa untuk invest kedalam aplikasi ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum mendapatkan Yatse, kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian di setting Kodi anda.

Langkah 1: Buka "Kodi" dan pergi ke "System" diikuti dengan "Setting".

Langkah 2: Pergi ke menu "Service" dan pastikan anda menukar setting level kepada "Expert".
Setting level : Expert
Langkah 3: Diikuti dengan "Web server" menu dan aktifkan "Allow remote control via HTTP".
Allow remote control via HTTP
digalakkan untuk memasang password untuk mengelakkan Kodi anda di akses oleh orang lain.

Langkah 4: Selepas itu pergi ke menu "Remote control" dan "Allow remote control by program". Pastikan anda enable kedua-dua menu tersebut
Allow remote control
Langkah 5: Seterusnya pergi ke "UPnP/DLNA" dan enable "Share my libraries".
UPnP / DLNA - Share my libraries perlu di enable kan
Langkah 6: Dan yang terakhir, pergi ke menu "Zeroconf" dan enable kan "Announce services to other system",
Enable Zeroconf setting
Sekiranya anda menggunakan Kodi di window anda memerlukan aplikasi Apple Bonjour untuk membolehkan Zeroconf di enable. Download aplikasi tersebut disini : Apple Bonjour for window.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana untuk menggunakan Yatse dengan device Kodi anda.

Download Aplikasi Yatse di Android Phone : Link 1

Langkah 7: Download dan install aplikasi Yatse diatas di phone android anda

Langkah 8: Setelah itu hanya ikuti langkah yang dipaparkan diphone (auto wiz setup)
Menu utama selepas selesai installation 
Langkah 9: Aplikasi akan mencari system kodi yang terdapat berhampiran. Pastikan Kodi anda "On".
aplikasi akan mencari Kodi untuk dipair
Langkah 10: Selepas beberapa saat, system akan mengesan Kodi anda dan anda boleh mula menggunakan aplikasi ini
Kodi detection - berjaya

Langkah 11: Yatse sudah boleh di connect di System Kodi anda. Aplikasi akan mengakses Kodi dan anda boleh mengawal Kodi. Aplikasi ini membolehkan anda melihat movie / tvshows / music (sekiranya anda ada library untuk menu ini)
Menu utama Yatse
Langkah 12; Kini anda sudah boleh menggunakan Yatse.Sangat mudah dan cepat..
menu untuk remote control
Anda boleh mengakses addon yang terdapat di Kodi
Pilih dan buka mana-mana addon
search movie yang ingin dilihat
dan movie akan terpasang di Kodi, Aplikasi Yatse juga akan mempunyai thumbnail untuk movie yang sedang dipasang,
Selain itu terdapat juga beberapa kelebihan menarik aplikasi ini, seperti melihat rating, summary dan juga detail tentang movie yang anda ingin tonton. Sangat menarik bukan.
mengakses playlist di library
overview tentang movie yang terdapat di Kodi
Summary dan trailer movie di Yatse
Yatse hanya menyokong aplikasi android, sekiranya anda menggunakan ios, sila gunakan alternative aplikasi ini : Download Kodi Remote for Ios

Aplikasi ini hanya membolehkan anda untuk mengawal Kodi, Anda perlu menggunakan physical remote untuk mengakses device anda. 


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.